Search This Blog

Saturday, July 2, 2011

Berita Harian Online | Misi menang

Berita Harian Online | Misi menang

Berita Harian Online | Misi menang

Berita Harian Online | Misi menang

renungkan sejenak... :)


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat. Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kaki tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI

peringatan... :)


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sahih pelindung setiap kali keluar rumah.Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Di sini satu lagi doa sahih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh kita, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat kita. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal seseorang wanita.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga kita. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Untuk kongsian bersama.

jom baca... :)


ORANG KATA ..... enjoy sementara muda, hidup
panjang lagi,dah tua nanti taubatlah.
ATUK KATA ..... orang muda hidup memang baru
bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA ..... betul jugak tu ......
ORANG KATA ..... exams tu susah, kena banyak
sacrifice, constant study ..... past year papers ..
etc .. etc .. etc ..
ATUK KATA ..... exams tu senang aje, dah ada
tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, banyak
pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca
Mizan, tayangan slide ......
AKU RASA ..... betul jugak tu ......
ORANG KATA ..... have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara, berpartylah
sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA ..... setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat ......
AKU RASA ..... betul jugak tu ......
ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......
baru hati puas!
ATUK KATA ..... ye ke hati dah puas?? dah cukup
ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap
kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup
zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal
nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA ..... betul jugak tu ......
ORANG KATA ..... successful people have a
good time management, ada bisnes di KL, New
York, Tokyo ..... masih sempat berkempen untuk
pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko
dan karaoke, masih sempat pasang perempuan
2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam
dlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud di
sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak
selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke
nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam
seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......
wallahu'alam..

renung... :)


A : weh kau tahu x boyfriend aku call 3x shari,love of my life (sambil bt muka)
B : oh really? kekasih aku call aku 5 kali sehari (muka bangga)
A : Bestnya,byk credit kekasih kau?
B : x lah ni connection wireless
A : (mka x puas hati) hmm.pukul berapa dia call?
.......B : SUBUH,ZOHOR,ASAR,MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada.
●●Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●

Friday, February 18, 2011

Berita Harian Online | Elaun RM800 lonjak guru takmir

Berita Harian Online | Elaun RM800 lonjak guru takmir

Berita Harian Online | Elaun RM800 lonjak guru takmir

Berita Harian Online | Elaun RM800 lonjak guru takmir

Berita Harian Online | Pasukan keselamatan Bahrain tembak penunjuk perasaan

Berita Harian Online | Pasukan keselamatan Bahrain tembak penunjuk perasaan

Berita Harian Online | Man U-Crawley, langit dan bumi

Berita Harian Online | Man U-Crawley, langit dan bumi

Berita Harian Online | Man U-Crawley, langit dan bumi

Berita Harian Online | Man U-Crawley, langit dan bumi

Berita Harian Online | Man U-Crawley, langit dan bumi

Berita Harian Online | Man U-Crawley, langit dan bumi

Berita Harian Online | No 10 untuk Safee

Berita Harian Online | No 10 untuk Safee

Berita Harian Online | Kempen pilihan raya kecil Kerdau, Merlimau 8 hari

Berita Harian Online | Kempen pilihan raya kecil Kerdau, Merlimau 8 hari

Berita Harian Online | Speaker DUN Selangor tak puas hati keputusan kes

Berita Harian Online | Speaker DUN Selangor tak puas hati keputusan kes